Friday, 20 January 2012

Rahsia Ayat Kursi

Waktu saya kecik-kecik dulu, mak selalu suruh saya hafal satu ayat ni. Saya pun hafal sampai ingat. Masa saya darjah tiga, ustazah suruh saya hafal Surah an Nas. Hari berikutnya, ustazah suruh setiap seorang berdiri dan baca surah tu tanpa apa-apa rujukan. Nak dijadikan cerita, saya tak ingat surah tu. Tapi saya tetap berdiri dengan gahnya lalu membaca ayat Kursi. Semua rakan sekelas saya pandang saya dengan kerutan di dahi menandakan mereka tak tahu ayat apa yang saya baca. Tapi tanpa menghiraukan pandangan dan tolehan orang, saya terus baca ayat tu sampai habis. Ustazah tu pun senyum tatkala saya habis membaca ayat tersebut.

Ustazah : Itu ayat Kursi. Itu bukan surah an Nas. Eija dah tersalah hafal ye?
Saya : Tak ada lah. Sebenarnya saya masih tak dapat ingat surah an nas tu. Jadi, saya baca lah ayat yang saya ingat. Maaf ustazah. (saya tundukkan kepala tanda bersalah)
Ustazah : Oh, macam tu. Tak apa lah. Ustazah yakin kalau Eija boleh hafal ayat Kursi pasti Eija boleh hafal surah yang lain. (ustazah mengukir senyuman)


Dalam hati aku sangat lega sebab tak kena denda. Haha. Ada beberapa kawan saya masa tu kena denda sebab tak ingat. Tapi saya sorang saja yang terlepas. Terima kasih mak sebab suruh saya hafal ayat Kursi sejak kecil. Haha. Pada mulanya saya tak tahu apa keistimewaan ayat yang saya hafal tu. Tapi saya sentiasa baca ayat tu sejurus selepas solat lima waktu. Sebelum berdoa, saya akan baca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi. Selepas itu, barulah berdoa. Bila saya dah meningkat dewasa, sudah ada teknologi menjadikan maklumat boleh didapati di mana saja. Jadi saya terus menekan keyboard komputer lalu mencari keyword ayat Kursi di Google. Terima kasih Mr Google. Hehe. Dan di sini saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat.

Ni apa yang Mr Wikipedia cakap.. "Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah."

Jom kita sama-sama baca ayat Kursi..


Bermaksud :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ayat pun sudah tahu, makna pun sudah diberi, jom kita lihat pula apa keistimewaan ayat Kursi ni.. Ada banyak fadhilat membaca ayat Kursi ni, tapi saya hanya kongsi beberapa agar dapat kita sama-sama amal dalam kehidupan seharian.

......................................................................................................................................................................
Keistimewaan ayat Kursi.

1. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan kerana ALLAH swt menghantar dua malaikat untuk menjaga ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh. 

2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi sebanyak 18 kali, InsyaALLAH dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimurahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipelihara dari segala bencana dengan izin ALLAH swt.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya Abi Labalah r.a bahawa sesiapa yang membaca ayat Kursi 7 kali setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah s.a.w.

4. Syeikh Abul 'Abas al Bunni menerangkan "sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka InsyaALLAH dicerdaskan akalnya dan dimudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.



5. Sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

8. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

9. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

10. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.

11. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah.

12. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.

13. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.

14. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

15. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.


....................................................................................................................................................................

Itulah fadhilat ayat kursi, Itu baru sedikit. Banyak lagi keistimewaannya.. Moga kita sama-sama dapat amalkan ayat Kursi dalam kehidupan seharian.. Haa.. Sebelum tu, apa kata kalau kita dengar cerita tentang kehebatan ayat kursi ni.. Menarik! hehe. :)

 
Pada suatu hari, seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual. Setelah Ka’ab sampai di sana, dia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong yang dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang. Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut dan ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.


  
Kata tuan punya rumah tersebut, “Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin Ifrit dan banyak orang yang mendudukinya menjadi binasa”. Ka’ab berkata, “Meskipun demikian memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan”. “Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak mengambil sebarang bayaran”, kata tuan rumah.

Ka’ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab nampak bayang hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api mendekati dirinya. Maka Ka’ab bangun membaca, “Allahula ilaha illa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat berbunyi, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.

Ka’ab hairan dan ulanginya lagi membaca kalimah terakhir tersebut, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan.

Keesokkan paginya Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya. Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”. Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “Dengan firman Tuhan: Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim”.


Credit to www.shahirul.com sebab sudi berkongsi cerita ni dengan saya. Hehe... Macam mana dengan cerita ni? Best tak? Percaya ke tak? Kalau awak semua nak tahu, cerita ni betul-betul berlaku. Dah terbukti ayat Kursi memang power? Hehe. Jom kita sama-sama hafal ayat ni dan amalkan. Jangan lepaskan peluang keemasan ni.. Semoga kita sentiasa berada dalam berkatNYA. :)

*keep_cool*

No comments:

Post a Comment