Seperti yang kita sedia maklum, jerawat sememangnya musuh utama kita. Tak kira lah perempuan atau lelaki. Pasti tak suka apabila muka kita didatangi jerawat. Jadi saya cuba cari petua untuk mengurangkan jerawat di muka. Jom saya kongsi untuk anda amalkan :)
1.. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
2.. Jangan terlampau kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.
3.. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas menggunakan mekap.
4.. Cuci wajah sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan urutan berputar pada wajah anda.
5.. Tapi jangan lakukan urutan dan pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar 3 kali sehari.
6.. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku. Memicit jerawat boleh menyebabkan kulit jadi bengkak.
7.. Jagalah kebersihan rambut dan tangan anda. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8.. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
9.. Sering berganti tuala pengelap wajah. Pastika tuala itu lembut dan bersih.
10.Lindungi kulit dari sinaran matahari kerana ia akan merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11.Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, dinasihatkan agar memakai pakaian yang lebih longgar, ringan dan menyerap peluh.
12.Kurangkan makan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori tinggi.
Moga dapat amalkan. Alhamdulillah wajah saya bersih daripada jerawat. Kadang-kadang je satu dua jerawat tumbuh. Malah tak begitu ketara. :)
*keep_cool*
No comments:
Post a Comment