Thursday, 12 January 2012

Berkebun bersama ibu

Hari ni merupakan kali pertama kaki eija menjejak kebun mak dan ayah. Hehe. Sebelum ni, eija belum pernah datang ke sini. Kebun ni agak menarik. Ada tanaman lada yang telah dibahagi-bahagikan mengikut tuan masing-masing. Mak eija cakap kerajaan yang bagi tanah dan benih untuk usahakan tanaman lada ni. Sebelum ni, mak dan ayah usahakan tanaman tembakau. Tapi sekarang, tembakau dah disekat. Jadi kerajaan beri alternatif lain untuk petani-petani kat sini.. Terima kasih kerajaan kerana prihatin. :)


Kebun ni berbeza. Kalau sebelum ni, tanaman lada atas tanah, tapi kali ni tanaman lada diusahakan di dalam khemah. Wah, makin baju. Tapi bukanke makin tak elok disebabkan pancaran matahari yang tak mencukupi? Eija ada tanya mak eija. Mak cakap, benih yang di ambil dari kerajaan ni dah dijaga rapi sebelum diberikan kepada petani-petani. Jadi benih tersebut boleh hidup gah dalam khemah. Lagipun ni boleh mengelakkan daripada bahang panas matahari yang melampau dan kelembapan disebabkan hujan yang tak henti-henti. Hehe.

Kebun ni terdapat beberapa khemah yang dah ditandakan nama. Semua ni diberikan oleh kerajaan bagi permulaan menanam lada. Jika nak teruskan sendirian berhad, duit dan peralatan pun kena lah sendirian berhad jugak. Ayah eija pun dalam perancangan untuk menjadi petani moden. Nama syarikat pun dah didaftarkan. Papan tanda syarikat pun dah tempah. Barang untuk bukak kebun pun dah ada. Cuma nak tunggu khemah tu dibina je. Orang panggil tu khemah ke ek? Ntah lah. Eija main hentam je nama tu sebab nampak macam khemah. Hehe.

Khemah ni dibina untuk kemudahan pekerja ayah eija jugak. Yalah. Kalau hujan, tak perlu lagi risau tentang kesihatan pekerja atau penangguhan kerja sebab tengah-tengah hujan lebat pun masih boleh bekerja. Tambahan pula, sistem pengairan untuk tanaman lada adalah automatik. Tak perlu lagi siram satu persatu seperti zaman dulu kala. Sekarang zaman dah berubah. :) Kerja yang susah dah jadi senang.

Berkebun bersama ibu hari ni menyedarkan eija bahawa petani sekarang pun dah boleh jadi kaya raya. Asalkan ada usaha. Usaha tangga kejayaan. Jadi marilah kita sama-sama berusaha mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment