--Daddy--
Kerjaya
Bermula dengan ayah saya. Ayah saya bernama teettt.. (mana boleh bagitau).
Masa mak saya tengah mengandungkan saya, ayah berhenti menjadi pemandu lori. Katanya nak ubah cara hidup. Nak mencuba sesuatu yang baru. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menanam tembakau. Pada masa itu, Malaysia merupakan antara negara yang giat dalam menghasilkan hasil tanaman. Tembakau menjadikan income negara bertambah. Jadi, ayah saya rebut peluang itu untuk tambahkan pendapatan keluarga.
Pada mulanya, ayah saya tak tahu menahu tentang tembakau ni. Jadi, dia meminta tolong dari kawan-kawannya yang sudah terlibat dalam pertanian. Sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi membantu ayah saya dalam kerjayanya. Namun, ayah saya masih tidak berpuas hati dengan hasil tanaman tembakau tu. Menurut ayah saya, kebiasaannya memang sedikit saja yang boleh diperolehi daripada tanaman ni kerana bentuk tanah dan pengairan di tempat tersebut tak berapa sesuai untuk menanam tembakau. Jadi, hasil yang diperoleh agak sedikit. Hanya 30 peratus keuntungan.
Tapi ayah saya tak berserah begitu saja. Sememangnya ayah saya suka menyahut cabaran untuk berjaya dalam hidup. Jadi, ayah saya mengambil keputusan untuk mencari maklumat tentang tembakau. Pada masa itu, Malaysia masih belum mengenali apa itu internet. Oleh sebab itu, ayah saya ke bandar untuk mencari maklumat. Zaman dulu, kalau nak ke bandar agak jauh kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Sekarang sudah ada kemudahan kereta. Kalau dulu, orang kaya pun pakai motosikal saja. Tak mampu untuk membeli kereta. *sebelum proton Saga diperkenalkan*.
Mencari dan terus mencari, akhirnya ayah saya terjumpa satu syarikat pertanian yang menawarkan kursus kepada petani-petani moden. Jadi, ayah saya tak mensia-siakan peluang yang ada dan menyertai kursus-kursus tersebut. Setelah ilmu penuh di dada, ayah menanam tembakau di tempat yang baru dan dengan cara yang baru. Kawasan tanaman tu tak jauh dari rumah. Kawasan tanah itu juga lembut dan sangat sesuai untuk tembakau. Pada mulanya, kawasan tanaman ayah saya kecil saja kerana takut caranya tak sesuai. Jadi, dia menukarkan baja yang digunakan sebelum ini dengan baja organik campuran. Jika sebelum ini, penduduk kampung saya tak mencampurkan baja tersebut. tapi dengan kreativiti ayah saya baja tersebut dicampurkan mengikut nisbah masing-masing.
Akhirnya usaha ayah saya tak sia-sia kerana tanaman tembakau tersebut berjaya meningkatkan peratusan keuntungan. Dengan itu, ayah saya membesarkan ladang tembakau di tempat berkenaan menggunakan kaedah yang sama. Ramai penduduk kampung yang turut serta apabila melihat kejayaan ayah saya. Disebabkan ayah saya berjaya mendapat 60 peratus keuntungan daripada tembakau, ayah saya digelar tokoh oleh penduduk kampung. Nama ayah saya serta merta menjadi gah di dalam kampung saya. Malah, ayah saya pernah dipanggil untuk bercakap tentang kejayaannya di siaran radio Terengganu.
Dengan usaha ayah saya, kami anak beranak dapat menikmati kesenangan hidup. Namun, ayah saya sentiasa menerapkan nilai jimat cermat dalam diri anak-anaknya. Sekarang ayah masih melibatkan diri dalam pertanian tapi bukan menanam tembakau. Ayah saya juga sudah mendaftarkan syarikatnya dalam sektor pertanian. Ayah saya giat menanam sayur-sayuran sekrang. Dan masih lagi dalam perancangan, ayah saya ingin memasarkan sayur-sayurannya itu di seluruh Terengganu. Moga berjaya ayahku. :)
Sifat
------) Garang, tegas, suka cabaran, berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dan impian yang diinginkan.
Itulah ayah saya. Nantikan pula kejayaan ibu saya sebagai wanita berkerjaya dan suri rumah tangga di lain masa...
*---keep cool---*
No comments:
Post a Comment