Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Kerjaya
Baiklah apa yang hebat sangat tentang ibu saya? Hehe. Mak saya normal seperti orang lain tapi ketegasannya dalam mendidik anak-anak, tiada siapa yang dapat kalahkan. Seperti yang kamu tahu melalui entry 'daddy u r the best', ayah saya bekerja sebagai pemandu lori. Waktu tu kehidupan kami agak susah. Jadi, mak saya membuat keputusan untuk mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Kehidupan kami waktu itu boleh diumpakan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh sebab ingin mencari wang perbelanjaan, mak saya tak dapat nak tidur lena setiap malam. Terpaksa berjaga demi menyiapkan kuih untuk dijual esok pagi dan menyiapkan tempahan baju mengikut tarikh yang dikehendaki.
Namun semua itu berakhir apabila ayah saya ingin menceburi dalam bidang pertanian. Saat itu merubah kehidupan kami sekeluarga. Mak tak perlu lagi bersusah payah berjaga malam untuk menyiapkan semua tempahan dan kuih. Mak menolong ayah bertani dan menyokong ayah dalam membuat pembaharuan penanaman tembakau. Akhirnya kehidupan kami lebih senang berbanding dulu. Terima kasih mak dan ayah.
Didikan
Kalau tadi saya terangkan tentang kerjaya ibu saya, sekarang saya nak ceritakan serba sedikit bagaimana mak mendidik kami semua. Mak sangat tegas dan pentingkan disiplin. Mak menggunakan kaedah cubit dan rotan. Kalau ada saja yang salah di mata mak, memang lebam lah tangan kami. Mak saya garang taw.
Abang-abang saya selalu menangis sebab sakit kena cubitan dan rotan, oleh sebab itu semua perlu patuh arahan mak. Saya tak rasa sangat sakitnya sebab saya sentiasa menurut perintah.. Takut!! Huhuhu. Hidup kami adik beradik memang berdisiplin. Bilik perlu sentiasa kemas, sebab ada mak saya akan check. Kalau ada yang mak tak puas hati, siaplah kami.
Mak juga menjaga makanan kami semua. Kami tak dibenarkan makan makanan ringan dan pedas. Saya akur saja. Tapi abang-abang saya ni nakal sikit. Mereka suruh kawan-kawan mereka tolong belikan dan makan masa dalam kelas. Haha. Nasib baik tak tertangkap.
Daripada makanan, kita beralih pula pada jadual kehidupan seharian. Haa. Jangan terkejut. Kami semua ada jadual masing-masing. Mak buatkan jadual untuk kami patuhi. Jadi kehidupan kami di rumah macam berada di asrama. Tapi rasanya asrama pun tak ketat macam ni. Haha. Jom saya kongsikan jadual saya. Nak tengok reaksi korang semua.
Jadual keramat..
6.00 pg : bangun,mandi dan solat.
7.00 pg : siap ke sekolah
1.30 ptg: balik rumah, mandi dan solat.
2.00ptg : Makan, buat homework
5.00ptg : Solat dan main-main kat luar rumah.
6.30ptg : Mandi, tutp pintu dan bukak lampu.(haha..detailnya)
7.30mlm: Solat dan Makan
8.00mlm: Membaca (waktu ni semua adik beradik akan berada di luar bilik untuk dipantau lebih mudah. Setiap orang ada spot masing-masing. Mak pula perhati dari jauh. Tapi kadang-kadang aku tak belajar sangat pun, duk main melukis aje hilangkan boring. Haa. Kami semua tak boleh menonton televisyen. Mampu tengok dari jauh saja bila ayah asyik menghadap TV tu.
9.30mlm: Solat dan smua wajib tidur. ( Awal tak kami tidur?? Oleh sebab waktu dulu, tak ada video game, komputer dan telefon bimbit. Maka kami memang terpaksa tidur lah. Sebab dah tak tahu nak buat apa dalam bilik tu. Nak main pun tak boleh sebab nanti kantoi pulak kami tak tido dek bising sangat. )
Itulah kehidupan seharian. Jadual abang saya pun lebih kurang sama. Weekend pulak tak banyak yang berubah dalam jadual tu, cuma ke sekolah ditukarkan kepada mengemas rumah dan bermain. Tapi tak boleh bermain keluar dari kawasan pagar rumah. Maka bermainlah kami bola sepak dan macam-macam lagi. Sememangnya tak ada permainan yang keperempuanan sikit sebab jiran saya semua laki dan saya pula tak ada adik beradik perempuan melainkan saya sorang saja yang tersesat. Jadi saya tak pilihan lain, mainlah dengan mereka semua. Haa. Saya ikut jadual ni sampai saya tingkatan 3. Lepas tu, dah tak ikut sebab saya dah masuk asrama..
Ketegasan mak membuahkan hasil. Semua penduduk kampung memuji keluarga kami dan cemburu dengan kejayaan yang kami perolehi. Kami dihormati oleh penduduk kampung. Bukan saja berjaya dari segi kewangan malah dalam mendidik anak-anak. Sekali lagi saya bangga dengan mak ayah saya.
Oh! Hampir terlupa. Mak saya pernah digelar hebat. Sejurus mak saya melahirkan abang Long, beberapa bula selepas itu, mak saya mengandungkan abang ngah dan abang cik saya. Haa. Saya ada abang kembar. Baru saja melahirkan anak pertama, sejurus lepas tu melahirkan anak kembar pula. Sebab tu mak saya digelar hebat. Lagipun melahirkan anak bukan mudah. Sakitnya bukan kepalang. Jadi, abang long saya dan abang kembar saya cuma beza setahun. Wah! Hebat kan?? Itu saja daripada saya tentang mak saya. Lain kali saya sambung tentang kehidupan abang long saya pula. Tata~~~~~ :)
*keep_cool*
keep it up :)
ReplyDelete