Cinta ni ada banyak kategorinya. Antaranya cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta alam maya dan cinta pertama. Cinta pertama sukar untuk dilupakan berbanding cinta yang lain. Sebab apa ya?
Sebenarnya hati kita senang untuk jatuh suka pada seseorang. Hanya dalam satu minit saja dah boleh jatuh cinta. Tapi adakah itu betul-betul cinta atau hanya suka atau minat saja? Untuk menyukai seseorang memang mengambil masa yang singkat, namun untuk mencintai seseorang mengambil masa yang agak lama. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bahawa itu cinta Bila kita dah kehilangannya, barulah kita sedar tentang perasaan itu.
Saat pertama kali hati kita terbuka untuk seseorang adalah untuk cinta pertama kita. Sebab itu sukar untuk melupakan insan yang pernah menjadi cinta pertama kita. Saat itu lah hati kita pertama kali merasa sayang, merasa bahagia, cemburu dan juga pertama kali merasa peritnya dikecewakan. Kerana itu jua hati ni sukar untuk melupakan cinta pertama yang hadir dalam hidup kita.
Kalau cinta pertama berikan kebahagiaan, kebahagiaan itulah yang kita selalu kenang-kenangkan. Kadang-kadang kita sendiri akan membeza-bezakan kenangan cinta pertama kita dengan insan lain yang turut hadir dalam hidup kita ni.
Dan kalau cinta pertama tinggalkan luka, luka itu pasti sangat dalam. Sampaikan ada yang tak sanggup untuk bercinta lagi. Kerana itu, cinta pertama ni penting..
Namun. walau apa pun yang terjadi, jangan biarkan cinta pertama itu merosakkan masa depan anda. Teruskan hidup dengan tabah. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)
No comments:
Post a Comment