Saturday, 21 January 2012

Jangan Sentuh Pemadam tu!

Landskap di halaman istana cukup menenangkan. Dari jauh putera hatiku melambai-lambai. Aku turut melambai dan memberikan senyuman yang cukup manis. Aku pun meluru ke arah puteraku.

Gedebuk!. Aduh, sakitnya dahiku. Kawan baikku, Mila menutup mulutnya dek menahan gelak. Semua orang yang lalu lalang di situ mentertawakan aku. Malunya aku bukan kepalang. Pipiku yang gebu dah bertukar menjadi merah. Aku menutup mukaku menahan malu. Perlahan-lahan aku berjalan di belakang Mila dan terus meninggalkan tiang lampu yang dah menjadikan aku pelawak antarabangsa.

"Macam mana lah kau boleh terlanggar tiang lampu tu? Ni mesti berangan pasal putera idaman kau tu." Mila menggeleng-geleng kepalanya sambil memasamkan mukanya. Aku tahu Mila pasti marah kerana sekali lagi aku menjadi tontonan umum hari ni. Kali ni dah masuk 4 kali aku terlanggar tiang lampu. Dah nak lebam dahi aku ni.
"Hehe. Aku bukan berangan lah. Bayangan tu je yang nak datang kat aku. Ni mesti sebab dia rindukan aku. Kalau tak, takkan lah tetiba bayangan tu muncul."Aku memberikan senyuman sambil menganggukan kepalaku tanda aku pasti dengan kenyataan yang ku berikan.
"Yelah Sarah. Aku malas nak cakap apa-apa. Aku cakap sepatah, ada aje idea nak dalihkan. Mengaku jelah kau ni dah gila bayang kat Farish tu. Nasib baik Farish dah pergi masa kau terlanggar tiang tu. Kalaulah dia nampak kejadian memalukan tadi, pasti dia ketawakan kau. Kau ni tak malu ke kalau dia tahu kau ni gila bayang kat dia?"Aku menggeleng kepala ku sambil mengukirkan senyuman ke arah Mila.

Mungkin Mila fikir aku ni gila dek asyik teringatkan Farish. Namun, jauh di sudut hatiku, aku dapat merasakan bahawa aku tak bertepuk sebelah tangan. Aku pasti Farish juga sukakan aku. Tapi aku tahu possibility untuk dia sukakan aku hanya satu peratus. Lagipun Farish merupakan ketua pelajar juga pelajar cemerlang di sekolah ini. Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Melati cukup mengenali Tengku Farish Bin Tengku Zainudin. Malah ramai pelajar perempuan yang cuba memikat dia.

Aku cukup bertuah kerana aku merupakan rakan sekelasnya. Jadi, tiap-tiap hari aku boleh curi pandang dan melepaskan rinduku. Tapi kadang-kadang letih juga kerana aku perlu menoleh ke belakang untuk lihat dia. Dia berada di barisan belakang aku dan betul-betul di tepi dinding, aku pula berada di barisan hadapan dia dan menjadi orang ketiga dari dinding. Ini semua angkara Mila dan Hani yang cuba halang aku dekat dengan Farish. Kata mereka nak aku lebih fokus pada pelajaran. Jadi, Mila yang mengambil tempat duduk di tepi dinding iaitu betul-betul depan Farish. Hani pula berada di tepi Mila.

Hati aku sangat cemburu tatkala mereka berdua dengan selamba toleh ke belakang dan meminta Farish ajarkan Mathematics. Namun, apakan daya. Jarak yang memisahkan kami berdua. Aku hanya mampu memandangnya dari jauh. Tapi aku dapat rasakan yang Farish turut memandangku. Sebab setiap kali aku memandangnya pasti mata kami bertembung dan serta merta jantungku berdegup kencang. Aku cuba luahkan pada Mila dan Hani. Tapi mereka kata aku hanya berangan dan perasan seorang diri.

Minggu demi minggu berlalu dengan pantas, tiba lah masanya untuk kami menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk pelajar tingkatan lima. Kedudukan tempat duduk untuk peperiksaan kali ni cukup mendebarkan jantungku kerana Farish berada di sebelah kiri meja aku saja. Hatiku dibuai mimpi. Sungguh tak sangka aku dapat bersamanya walaupun sementara. Kami menduduki selama seminggu jadi selama seminggu lah aku dapat bersamanya. Tapi berita buruknya aku tak dapat nak fokus untuk jawab peperiksaan. Mata aku asyik menoleh ke arahnya. Otak aku asyik fikirkan dia. Nama dia dah mengelilingi kepala aku.

Tiba-tiba pemadam Farish jatuh. Dia tidak sedar akan hal itu kerana khusyuk menjawab soalan peperiksaan. Tanpa membuang masa aku terus capai pemadamnya. Dengan muka gembiranya, aku melihat pemadam itu. Lalu kucup dan peluk pemadam itu. Aku dah nekad untuk simpan pemadam Farish sebagai kenangan. Aku sengih seperti kerang busuk. Hati aku cukup gembira. Aku sudah tak menghiraukan soalan Mathematics yang terbentang luas di hadapanku. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah Farish..

"Pinjam pemadam boleh?" aku terkedu sebentar sebab kali pertama Farish bercakap dengan aku. Mungkin disebabkan aku tak memberikan respon, Farish terus menyambar pemadam yang tertulis namaku atas mejaku. Aku hanya mampu tersenyum. Tapi senyumanku tak kekal lama apabila aku mendengar cikgu memberitahu masa yang tinggal untuk jawab soalan Mathematics. Aku hanya ada satu jam untuk aku fokus menjawab soalan Math. Nasib baiklah aku ni dianugerahkan kepintaran, jadi soalan Math begitu mudah aku selesaikan.

Akhirnya keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan. Tanpa aku membuang masa, seperti pelajar lain, aku turut mengecilkan diri aku untuk lihat keputusan aku. Ternyata keputusan aku jatuh menjunam. Aku menggeleng kepala. Tapi aku tak menyesal kerana aku dapat menikmati kebahagian berada di samping Farish saat dia menjawab soalan. Mukanya yang saling tak tumpah seperti Fahrin Ahmad menyebabkan aku tak tidur malam. Saat dia menjawab soalan, muka dia sangat cool membuatkan aku hilang fokus.

"Sarah, thanks sebab pinjamkan pemadam masa saya nak jawab soalan Math hari tu." Panjang betul umur si Farish ni. Baru je terfikirkan dia, terus muncul. Aku begitu berdebar dan malu sehinggakan aku hanya mampu memberikan senyuman yang paling manis. Bibirku bagaikan terkunci.

"Tapi saya nak minta maaf sebab pemadam tu dah hilang. Jadi saya tak dapat nak pulangkan kat awak." Kali ni aku juga mampu senyum dan terus senyum tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia memahaminya lalu terus berlalu. Aku memandangnya berlalu. Cara Farish berjalan pun cukup menarik perhatian. Tiba-tiba Farish menoleh ke arahku dan mengenyitkan matanya sebelah kiri. Walaupun jaraknya sudah jauh daripadaku, namun aku dapat lihat muka Farish dengan jelas. Malah dia turut memberikan senyumannya. Aku menepuk dan mencubit pipiku berulang kali ingin pastikan aku berada di alam realiti. Patutlah lesung pipit aku makin dalam. Mungkin dek suka cubit pipi. Ada kaitan ke? Entahlah.

Setelah aku pastikan. Tangan aku berhenti mencubit pipi. Ternyata aku memang bertapak di bumi yang nyata. Aku tersenyum sendiri. Yang pasti aku tak akan beritahu sesiapa tentang perkara ni. Hilang terus kehampaan aku terhadap keputusan peperiksaan aku. Terima kasih Farish, jerit hatiku. Dengan senyum masih tak hilang dari bibirku, aku melangkah masuk ke kelas ku. Semua pelik dengan reaksi aku. sepatutnya aku akan kecewa keran keputusan aku menjunam jatuh. Malah aku pasti cikgu akan memarahi aku. Sebab semua maklum akan kepintaran aku. Tambahan pula aku tak pernah mendapat tempat bawah daripada lingkungan sepuluh ke atas. Tiba-tiba aku sedih kembali. Aku tundukkan mukaku.

"Sarah, janganlah sedih sangat. Kau dah berusaha." Mila cuba berikan semangat. Tatkala aku mengangkat kepalaku, aku terkejut kerana empat mata tertumpu ke arah aku. Yang paling menghairankan Farish turut berada dalam kumpulan tersebut.

"Kamu semua ni ada berbincang apa-apa ke sampai duduk berkumpul macam ni?"
"Hehe. Kami tengah berbincang tentang study group. Kami ingat nak study sama-sama. Kau nak join tak?" Keterangan Hani membuatkan aku menganggukkan kepala beberapa kali tanda faham dan setuju.
"Boleh jugak. Bila nak start?"
"Itulah yang kami bincangkan. Kami ingat nak mula minggu depan. Kami harap kau boleh join sebab kami perlukan kau untuk ajarkan Math. Lagipun kau masih lagi menjadi juara bertahan yang mendapat highest score untuk Math." ujar Furqan merangkap kawan baik Farish.
"Baik. Aku setuju." aku memberikan kata putus. Aku begitu gembira kerana dapat belajar sama-sama dengan Farish.

Pejam celik pejam celik sudah dua bulan kami belajar sama-sama. Malah hubungan antara aku, Mila, Hani, Farish dan Furqan makin akrab. Aku pula merasakan aku dan Farish sudah menyulam perasaan cinta. Sekarang dia tak pernah lekang daripada senyuman pabila bertemu denganku. Tapi aku masih lagi segan untuk bercakap dengannya. Hanya tika aku mengajar Math saja aku bercakap dengannya. Kebanyakkan aku hanya akan jadi pendengar saja. Lidah ku masih kelu pabila ingin bercakap dengan orang yang aku sayang.

Namun aku sering ternampak dia memandangku. Aku tak tahu samada aku hanya perasan seorang diri atau kebenaran. Kadang-kadang aku sering lupa untuk bawa duit sejak dua menjak memikirkan perihal Farish. Termasuklah hari ini. Terpaksalah aku ikat perut waktu rehat ni. Tanpa membuang masa, aku membuka buku sejarah untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Bagi melupakan kelaparan, aku perlu fokus pada benda lain.

"Awak tak makan ke?" Aku tersentap. Macam suara Farish. Aku mengangkat kepala ku untuk melihat siapa gerangan orang yang bertanya tu. Sah. Memang Farish. Aku kuatkan diri untuk bercakap. Tapi bibir ku bagaikan terkunci. Aku hanya mampu menggeleng kepala. lalu menundukkan kepala ku semula.
"Kenapa tak makan? Nanti susah nak fokus dalam kelas kalau lapar. Jom kongsi roti dengan saya. Saya beli dua roti." aku ingin menolak pelawaannya namun aku berat hati untuk menggelengkan kepala tika ini sebab dia sudah duduk menghadap aku. aku memandangnya tanpa berkedip mataku. Aku nak bercakap tapi tak keluar kata-kata.
"Nah, makanlah. Jangan malu." aku masih lagi kaku memandangnya. Badan aku seperti terkena sumpahan batu. Tak mampu nak bergerak.
"Awak ni.. aaaaa" kali ni mulutku terbuka sendiri tatkala Farish menyuap aku dengan roti berperisa coklat yang dibelinya. Aku menundukkan kepala dan mengunyah roti tersebut.
"Awak ni comel lah. Bila malu je, terus blushing. Sama macam waktu awak terlanggar tiang. Tambah lagi waktu awak senyum. Nampak lesung pipit awak." Aku hanya mendengar. aku tak mampu untuk mengangkat mukaku menghadap Farish sebab aku tahu pasti mukaku dah macam dicat warna merah. Farish terus menerus menyuap aku tanpa disuruh. Mulutku ikut saja. Tangannya dah macam remote control. Sampai aje roti, aku terus bukak mulut. Malu dan tersangat malu.
"Ok lah. Seronok makan dengan awak hari ni. Nanti kita belajar sama-sama. Jangan lupa." Farish sempat memberikan senyuman sebelum beredar ke tempat duduknya. Aku mengetuk kepala beberapa kali kerana tak mampu nak bercakap dengan orang yang aku suka sejak tingkatan 4 lagi. Kalau dulu, waktu pertama kali Farish diperkenalkan, aku mula jatuh cinta pandang pertama dan nekad untuk bercakap dengannya. Tapi sekarang bila peluang sudah ada depan mata, aku biarkan ia berlalu pergi.

Disebabkan oleh cikgu yang mengajar Bahasa Melayu tak dapat mengajar kerana terpaksa menghadiri mesyuarat, jadi dia hanya meninggalkan kerja untuk disiapkan. Kami menggunakan peluang itu untuk berborak. Tapi aku masih lagi dengan buku sejarahku. Tika aku tengah khusyuk menyiapkan kerja, Mila datang menghampiri aku dengan gembiranya dan menggoyangkan tanganku. Sudahnya, aku terpaksa tangguhkan kerja aku untuk bagi laluan pada cerita Mila. Tatkala aku mendengar cerita yang disampaikan, aku merenung Farish dari jarak jauh.

"Farish, apa yang kau cakap pada Mila sampaikan dia begitu gembira. Kesian pulak aku tengok Sarah terganggu. Dia nak buat kerja pun Mila kacau." Furqan bertanya pada Farish.
"Aku hanya jawab soalan dia saja." Farish balas acuh tak acuh. Yang pasti pandangan matanya tertumpu pada Sarah yang ketika ini asyik mendengar cerita Mila. Mungkin Sarah tak sedar yang Farish sentiasa memerhatikan Sarah. Keayuan wajah dan lesung pipit Sarah telah memukau hatinya sejak dia menjejak kakinya ke sekolah ini. Namun, dia tak berkesempatan untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
"Apa yang Mila tanya?"Furqan masih lagi ditinggalkan tanda tanya.
"Dia tanya aku ada sukakan seseorang tak?"
"Lepas tu apa yang kau jawab?"
"Kau pun tahu aku sukakan Sarah dari dulu lagi. Aku suruh kau ajak Mila, Hani dan Sarah masuk study group kita pun sebab aku nak rapat dengan Sarah."
"Kalau kau cakap kau sukakan Sarah, tak kan lah dia happy macam tu sekali? Bukan ke sepatutnya dia sedih sebab dari penilaian aku, si Mila tu sukakan kau."
"Aku tak ada lah berterus terang macam tu sekali. Aku tak bagitahu yang aku sukakan Sarah. Aku cuma beritahu ciri-ciri perempuan yang aku suka. Itu saja. Tak tahu lah kalau Mila tu perasan itu dia pulak."
"Haha. Patutlah. Aku rasa dia memang tengah perasan lah sekarang. Lagipun aku tengok Sarah pun macam sedih je."
"Ntahlah. Biarkan jelah dia tu. Bukannya aku sukakan dia pun. Tergedik sana, tergedik sini. Aku tak suka lah perempuan macam tu.
"Iskh kau ni. Janganlah cakap macam tu. Tak baik. Dia tergedik sini sana pun sebab nak mengorat kau jugak."
"Not my taste." Farish menjawab dengan tegas. Furqan hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Kini Farish menoleh kembali untuk perhatikan keayuan wajah Sarah. Namun, getar jantungnya laju tiba-tiba kerana saat itu tatapan matanya bertembung dengan mata Sarah. Cepat-cepat dia alihkan pandangannya. Takut diketahui oleh Sarah.

"Sarah, kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Mila menggoncang badan Sarah meminta kepastian.
"Ya, aku dengar kau cakap Farish tu sukakan kau." Sarah terkedu sebentar. Dia dapat merasakan bahawa Farish memandangnya. Tapi kali ni mungkin dia silap. Farish pasti memandang Mila memandangkan Farish sukakan Mila. Dia menghembus keluhan kecil.
"Sarah, aku tahu kau sukakan Farish sejak dia masuk kelas kita lagi. Tapi aku minta maaf ye. Kalau berdasarkan ciri yang dia beritahu tadi, memang menggambarkan aku. Aku gembira sangat Sarah. Kau janganlah sedih. Patutnya kau pun kena gembira sebab kawan kau bahagia. Betul tak?"
"Betul tu. Aku turut gembira untuk kau." Sarah memaksa dirinya untuk senyum. Walaupun pahit yang ditelan, tapi demi kawan yang telah bersamanya sejak tingkatan satu lagi dia perlu tahan kesakitan itu.
"Terima kasih Sarah. Aku sayang kau. Ok lah. Cikgu pun dah masuk. Kita sambung kemudian ye." Mila masih lagi gembira seperti anak kecil mendapat gula-gula.

Hari demi hari berlalu dengan perit. Tinggal beberapa minggu lagi untuk kami buat persediaan bagi peperiksaan SPM. Kini aku hanya lebih suka bersendiri dan menumpukan pada pelajaranku. Aku menjauhkan diriku daripada Farish. Aku tak mahu luka dalam hatiku terus menguasai diri aku. Ada yang lebih penting menunggu aku iaitu SPM. Yang pasti aku ingin cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia ni memandangkan SPM penentu kehidupan aku pada masa hadapan.

Walaupun sesekali hatiku sakit melihat keakraban Mila dan Farish, namun aku harus redha bahawa cinta tak boleh dipaksa. Setiap kali study group diadakan, aku bertambah pilu dan tak mampu untuk memberikan senyuman. Tapi aku tetap akan terus bertahan demi SPM. Aku perlukan study group ni memandangkan ini satu-satu jalan yang membolehkan aku mudah faham dan ingat setiap mata pelajaran yang kami belajar. Walaupun perit namun aku tetap teguh mengajar Math pada petang itu. Hari isnin merupakan hari Mathematics bagi kami. Jadi merupakan tugasku untuk mengajar mereka tentang soalan yang tak difahami. Sesekali aku lihat mereka memadam jawapan mereka untuk diperbetulkan.

"Farish, pinjam pemadam ye. Jawapan saya salah." Lembut saja tutur bicara Mila. Malah cukup lembut untuk mencairkan hati lelaki. Tanpa menunggu kata putus daripada Farish, Mila terus mengambil pemadam dalam kotak pensil Farish. Dia melihat pemadam itu dibalut rapi. Mila bertambah kagum dengan kekemasan Farish sehinggakan pemadam pun dibalut rapi.
"Jangan sentuh pemadam tu!!" kami berempat terkejut dengan tindakan Farish. Baru pertama kali mereka melihat ketegasan Farish. Tanpa membuang masa, dia terus menyambar pemadam di tangan Mila lalu meletakkan kembali ke dalam kotak pensilnya.
"Maaf. Aku nak ke tandas sekejap." Farish serba salah. Tak sepatutnya dia bertindak sebegitu. Sesungguhnya dia tak sangka dia akan menjadi marah hanya kerana Mila menyentuh pemadam itu. Farish meninggakan kami dengan tanda tanya.
"Sorry, Tu pemadam orang yang dia suka. Dia dah jaga pemadam tu sejak peperiksaan pertengahan tahun hari tu lagi. Mungkin dia pun tak sangka dia akan jadi macam tu."Furqan bersuara pabila melihat Farish telah keluar menuju ke tandas.
"Orang yang dia suka. Bukan ke Farish sukakan Mila?"Hani bertanya.
"No comment. Aku tak boleh nak cakap apa-apa." Furqan mengangkat kedua-dua belah tangan tanda dia menyerah. Dia tak mahu rahsia Farish terbongkar pula.

Sejak peristiwa itu, Mila sudah pun menjauhkan diri daripada Farish. Mungkin dia faham bahawa orang yang Farish dambakan bukan dia tapi orang lain. Tapi siapakah orang tu? Banyak persoalan yang bermain di minda. Kata Furqan pemadam tu dijaga sejak peperiksaan pertengahan tahun. Kalau aku ingat balik, Farish ada meminjam pemadam aku, tapi dia cakap dah hilang. Kemusykilan yang bermain di minda sedikit sebanyak mengganggu pemikiran aku. Waktu rehat dah berlalu 10 minit, tanpa membuang masa aku menuju ke arah kantin. Ada lagi 20 minit untuk aku mengisi perutku dengan makanan. Dari jauh aku nampak Mila sudah berlalu dari kantin.

"Mila!" jeritan aku mengejutkan Mila. Mila menoleh ke belakang dan menghadap aku.
"Ada apa?" Mila turut menjerit. Aku berlari anak mendapatkan Mila.
"Kau dah makan?" aku bertanya. Risau juga kalau kesihatan Mila terganggu.
"Aku makan kuih je. Tak ada selera nak makan makanan berat. Tak apalah. Aku nak naik ke kelas dulu lah. Jumpa kau kat kelas ye." Mila meleraikan tanganku yang menyentuh bahunya lalu menghilang disebalik bangunan. Aku mendengus keluhan kecil.

Tiba saja Mila di hadapan pintu kelas 5 Alfa, dia terus ternampak Farish meletakkan sesuatu di dalam meja Sarah. Apabila melihat Farish sudah ingin berlalu pergi, Mila cuba menyorokkan dirinya di balik pintu agar Farish tak mengetahui tentang kehadirannya. Apabila Mila sudah pasti Farish dah berlalu pergi, Mila menuju ke arah meja Sarah lalu mengambil nota yang ditinggalkan oleh Farish.

'saya rasa kita perlu berjumpa bagi meleraikan salah faham yang berlaku. Berikan kesempatan untuk saya bercakap dengan awak. saya tunggu awak di kelas 4 Alfa pada pukul 2.30 petang ni. saya akan tunggu sehingga awak muncul'

Mila menggenggam kertas itu. Api kemarahannya tak dapat lagi dibendung. Dia akan pastikan Sarah tak akan baca nota yang ditinggalkan itu. Mila mengoyak kertas itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Puas hatinya. Dia pasti Farish akan kecewa apabila Sarah tak muncul seperti yang diinginkan pada petang ini.

Detik berlalu dengan pantas. Akhirnya kelas untuk hari ni habis tepat pukul 2.00 petang. Oleh kerana kerja yang terlampau banyak, aku terpaksa mengorbankan masa rehatku. Usai makan nasi di kantin sekolah, aku bergegas menuju ke surau untuk menunaikan solat. Untuk menyenangkan kerjaku, aku mengambil keputusan untuk solat di surau hadapan perpustakaan kerana senang pula nanti aku ingin mentelaah pelajaran di perpustakaan. Tak perlu aku ulang alik. Tepat jam 2.45 petang, aku mencari tempat duduk di perpustakaan. Nasib baik pada waktu petang, tak ramai pelajar yang datang. Jadi, banyak tempat duduk yang kosong. Aku mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan rak-rak buku bagi menyenangkan aku mencari buku-buku yang aku hendakkan.

Dengan alunan lagu balada dari Siti Nurhaliza, aku menyiapkan kerja-kerjaku yang terbengkalai. Sememangnya aku meminati penyanyi jelita ini. Penuh dalam playlist MP3 aku ni dimuatkan dengan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Tika aku khusyuk menyiapkan kerja, Furqan melambai-lambaikan jarinya di hadapan mukaku. Aku menanggalkan earphone yang aku pakai.

"Patutlah tak dengar apa yang aku cakap. Rupanya kau dengar MP3."
"Sorry Furqan. Asyik sangat aku siapkan kerja sampai tak sedar kau ada kat sini."
"Tak apalah. Aku faham. Eh, kau dengan Farish macam mana? Dah okey?"
"Macam biasa. Tak berubah apa-apa pun."
"Kau dah pergi jumpa dia ke?"
"Jumpa dia? Apa maksud kau?
"Laa.. Tak kan kau tak baca nota yang Farish letak dalam meja kau. Farish cakap dia memang tinggalkan nota untuk kau waktu rehat tadi."
"Betul ke? Kenapa aku tak tahu?"
"Mungkin nota dah hilang kot. Tak pun dibawa angin."
"Apa yang dia tulis kat nota tu?"
"Dia nak jumpa kau dalam kelas 4 Alfa pukul 2.30 petang. Dia tahu kau selalu buat kerja selepas waktu sekolah. Lagipun sejak study group kita dibubarkan lepas Mila tahu pasal pemadam tu, kau dah jauhkan diri daripada dia. Dia nak betulkan balik salah faham yang berlaku.
"Dia nak aku pujuk Mila ke?" Aku bertanya dengan nada yang perlahan. Hatiku pedih.
"Tak adalah. Dia tak pernah sukakan Mila tu. Nak buat apa nak pujuk Mila. Dia nak jumpa kau lah. Baik aku pergi cari dia sekarang."
"Tapi sekarang dah pukul 4 petang. Tak mungkin dia masih lagi tunggu aku."
"Siapa tahu. Baik kau pergi cepat. Moga berjaya." Tanpa melengahkan lagi masa, aku terus mengemas barang-barangku lalu berlari menuju ke arah kelas 4 Alfa.

Dari jauh aku dapat lihat Farish masih lagi setia menunggu aku. Sudah satu jam setengah, namun dia masih lagi di  situ. Aku begitu terharu. Aku terus berlari mendapatkan Farish. Tapi bila aku berada di hadapannya, lidah ku terus kelu. Bibirku terkunci menyebabkan sukar untuk aku luahkan perkataan maaf. Aku hanya menundukkan kepalaku. Farish tersenyum melihat aku. Aku tak mampu menatap wajahnya kerana rasa bersalah menyulubungi diriku.

"Saya ingat awak tak nak datang. Nasib baik awak datang. Terima kasih." lembut saja tutur bicaranya. Aku ingin katakan aku minta maaf dan terharu tapi tiada kata yang aku dapat luahkan tika aku bersamanya. Aku menganggukan kepalaku beberapa kali tanda setuju.
"Awak memang tak sudi bercakap dengan saya ye?" Aku menggelengkan kepala. Aku tak tahu kenapa aku tak boleh bercakap.
"Tak apalah. Saya faham. Mungkin awak tak sayangkan saya. Tapi saya nak awak tahu. Saya dah lama sukakan awak. Pemadam tu sebenarnya pemadam awak. Saya pinjam pemadam awak masa peperiksaan pertengahan tahun, tapi saya cakap pemadam tu dah hilang sebab saya nak simpan pemadam tu sebagai kenangan. Saya sukakan awak, Sarah." aku masih lagi kaku. Aku terkejut dengan luahan hati Farish. Adakah aku bermimpi? Aku menepuk pipiku.
"janganlah buat macam tu. Nanti merah pulak pipi awak tu. Saya tak tahu apa perasaan awak terhadap saya. Awak pun tak sudi nak bercakap dengan saya. Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi mengganggu hidup awak. Kalau awak tak sudi, saya pergi." tanpa menghiraukan responku, Farish berlalu meninggalkan aku. Aku tak mahu kehilangan dia.
"Tu...tu...tunggu!!." Farish menoleh kembali ke arahku.
"Saa.. sa.. sa.. asa..saya.. sa.ya.. sa.. yang...kan a..aa..awk, Farish."Akhirnya terluah jua perkataan keramat tu. Farish duduk betul-betul dihadapan aku, Aku menjadi gementar. Jantung berdegup pantas. Aku tundukkan kembali kepalaku. Malunya bukan kepalang.
"Terima kasih, sayang." perkataan sayang yang terluah dari bibir Farish menggetarkan jiwaku. Aku tersenyum sendiri.
"Jom saya hantar awak balik. Dah lewat ni."
"Ba.. ba.. ba.. ik.." lidah aku masih lagi tak dapat nak dilembutkan.
"Awak ni comel betul lah"

Peristiwa itu menjadi titik tolak dalam hidup aku. Kini aku dah menjadi salah seorang perempuan yang dicemburui oleh orang lain. Semua orang dah mengetahui tentang status aku dan Farish. Aku gembira. Malah, aku juga sudah tak hilang fokus sebab aku dan Farish akan belajar sama-sama setiap petang bagi persediaan SPM. Mila, Hani dan Furqan turut sertai kami belajar. Walaupun pada mulanya aku terkejut dengan keterbukaan Mila, namun aku pasti Mila terima keputusan Farish dengan hati yang terbuka. Selepas Farish menerangkan segalanya pada Mila, Mila kembali rapat dengan kami. Tiada lagi pergaduhan.

Walaupun aku dan Farish sedang hangat bercinta, tapi kami tak akan sesekali abaikan pelajaran. Saat suka duka, kami tempuhi bersama. Peperiksaan SPM juga kami telah lalui dengan begitu tabah. Kadang-kadang aku rasa ingin meletop dek soalan yang mencabar minda, tapi aku bertuah sebab ada famili aku, cikgu-cikgu, Farish dan paling penting Yang Maha ESA berada di sampingku.

Kini, aku dan Farish berada di Universiti Teknologi Mara melanjutkan pelajaran kami. Keputusan straight A's membuka peluang yang cerah untuk kami mencapai impian. Aku mengambil diploma jurusan undang-undang manakala Farish mengambil jurusan bisnes.

No comments:

Post a Comment